Thursday, 23 May 2013

Assalamualaikum wbt , Selamat Pagi , salam sejahtera & Salam 1 Malaysia.

Pagi ne saya nak share sedikit ilmu buat semua pembaca ,
Saya juga percaya bahawa ilmu ne patut dikongsikan untuk menambahkan sedikit knowledge,
saya rasa x laa untuk knowledge but kita kena tau laa serba sedikit tentang kesenian yang terdapat di Bumi Malaysia kita ini .
Khususnya tentang kesenian & kebudayaan yang telah wujud sejak nenek moyang kita lagi.
Semestinya , kesenian yang adaa amat unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri.
kita mesti la memartabatkannya serta menjaga kesenian ini , Walaupun lama , tetapi warga remaja seperti saya sndiri mesti tahu agar tidak luput ditelan zaman.
Namun , mengetahui & memahami tentang kesenian bukan laa yang terdapat didalam negeri kelahiran kita sahaja tetapi seluruh negeri yang terdapat di Malaysia.

Saya yakin anda semua bersetuju dengan pendapat saya di atas , ^^

Oke , sebenarnya saya baru nak mulaa , yang tadi tuh intro sajaa ..
Tarik nafas dulu , & teruskan membaca ...

Oke , saya rasa anda semua sudah bersedia , saya dah penat bercaloteh..
Saya nak mulakan lah ne ,
Seperti yang saya perna beritau dgn pembaca semua , saya adalah pelajar tingkatan 6 bagi sistem baharu , iaitu Sistem Modular yang mempunyai 3 Penggal.
Alhamdulillah , saya telah memduduki 2 Penggal dalam tahun 2012 dan 2013..
Untuk pengetahuan anda semua saya telah menduduki peperiksaan subjek sejarah dalam penggal pertama & mengambil bahagian dalam Kerja Kursus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam subjek Sejarah.
Yang telah ditetapkan oleh Majlis Pelajaran Malaysia (MPM).
Oleh itu , daripada empat tema yang telah ditetapkan oleh pihak MPM , saya telah memilih tema kebudayaan dan Kesenian.
Walaupun negeri kelahiran saya di Sabah , tetapi saya berminat untuk menjalankan penyelidikan tentang kesenian dan kebudayaan Tarian Kuda Kepang di Johor.

Dibawa ini merupakan kertas kerja dan esei ilmiah yang telah saya buat dalam 4 bulan pertama dalam tahun 2013.
kertas kerja dan esei ilmiah ini boleh dijadikan rujukan kepada pelajar yang bakal menduduki kerja Kursus PBS ini , dari segi struktur esei ,format kertas kerja , dan lain-lain.

KERTAS KERJA.


Sejarah Perkembangan dan Misteri Kesenian Tarian Kuda Kepang di Johor pada tahun 1950 sehingga tahun 1955

Pengenalan
Tarian Kuda Kepang sungguh sinonim di kalangan rakyat negeri Johor , tarian ini juga merupakan simbol kedaulatan negeri Johor sejak zaman dahulu lagi. Menurut  Naim Marjani, (pengiat seni kuda kepang sinar warisan) permainan kuda kepang mula bertapak di Batu Pahat, Johor sekitar tahun 1940-an Namun, asal usul kuda kepang ini tidak dapat diketahui. Hanya terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan asal-usul tarian ini , iaitu , Pada tahun 1920-an bertepatan dengan sejarahnya yang menyatakan bahawa ia berasal dari Jawa Timur.  Ia dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negeri Johor dan kekal hingga sekarang tanpa banyak pengubahsuaian. Hasil daripada penghijrahan ini,masyarakat dari jawa telah membawa kesenian mereka masuk ke dalam negeri ini iaitu kuda kepang.


Selain itu , Ada yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali. Untuk meniru gerak langkah bala tentera Saidina Ali maka lahirlah tarian kuda kepang. Seperti peristiwa peperangan yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat disampaikan dalam bentuk tarian. Ada pula berpendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo atau Wali Sembilan yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Penyampaian syariah Islam akan dilakukan sebelum atau selepas persembahan dilakukan.

Pendapat lain pula seperti , menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan.kuda kayangan  bernama Kuda Sembrani kononnya dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan. Jelaslah asul-usul kuda kepang ini tidak dapat disahkan tahun kewujudannya.

Objektif Kajian
Kajian ini bermatlamat untuk :
a) Mengenal pasti ciri-ciri  dan peralatan muzik yang ada dalam Tarian Kuda Kepang
b) Mengkaji misteri disebalik tarian Kuda Kepang di Johor, meliputi pantang larang dan kelakuan yang aneh penari-penari tarian tersebut
c) Meneliti perkembangan yang dialami oleh kesenian Tarian Kuda Kepang di Johor.
d) Menyenaraikan pertubuhan-pertubuhan yang wujud bagi memelihara kesenian Tarian Kuda Kepang daripada luput diingatan rakyat Johor.

Permasalahan Kajian
Kajian ini akan meneliti perkembangan yang dialami oleh kesenian Tarian Kuda Kepang di negeri Johor pada tahun 1950 hingga 1955 .  Walaupun Tarian ini tidak mempunyai banyak perkembangan dari masa ke semasa dari segi pakaian , seni tari , alat muzik , mahupun perkembangan bentuk kuda-kuda yang diperbuat dari anyaman . Namun , persoalannya ialah tarian ini amat popular dan diminati semua peringkat umur dikalangan rakyat negeri Johor , dan tarian ini sering di tari kan dimajlis-majlis keramaian. Oleh itu, penulis akan membincangkan sebab-sebab tarian ini mendapat sambutan yang amat baik .

Seterusnya, tarian Kuda Kepang ini telah menarik minat banyak masyarakat , sehingga menubuhkan pelbagai pertubuhan-pertubuhan yang memberi galakkan kepada anak-anak muda untuk menceburi tarian ini sekali gus memelihara  tarian Kuda Kepang sebagai warisan budaya negeri Johor. Penulis akan menyenaraikan pertubuhan dan sebab mereka memelihara warisan tarian Kuda Kepang ini.

Apakah misteri disebalik tarian Kuda Kepang? yang menyebabkan penari-penarinya boleh bertindak luar kawalan , apabila melanggar pantang larang yang sudah ditetapkan oleh bomoh. Adakah disebabkan mantera yang dibaca oleh bomoh , yang menyeru roh-roh kuda kepang untuk menikmati sajian atau yang dikenali sebagai pengeras. Walau apapun jawapannya , yang pasti tarian kuda kepang mempunyai keunikan tersendiri.
  
Skop Kajian
Dalam kajian ini akan tertumpu kepada perkembangan tarian kuda kepang dari tahun 1950 sehingga 1955 , walaupun perubahannya tidak begitu ketara , namun perubahan yang wujud memberi impak yang besar dalam tarian ini , kerana tarian kuda kepang ini merupakan peninggalan orang-orang terdahulu yang seharusnya dipelihara agar tidak ditelan zaman kelak. Dalam pada itu , terdapat juga pertubuhan-pertubuhan yang wujud untuk meneruskan kegiatan tarian Kuda Kepang ini. Selain itu , dalam kajian ini juga akan mengupas sejarah misteri yang terdapat didalam tarian Kuda Kepang , iaitu memuja roh-roh kuda kepang , dan pantang larang yang harus dipatuhi bukan sahaja para penari malahan penonton juga harus mematuhinya bagi menjaga keselamatan diri sendiri. 

Sorotan Kajian Lepas
            Dalam mengkaji sejarah Kuda Kepang ini , terdapat beberapa kajian lepas yang telah dibuat berkaitan dengan kajian ini. Antara buku yang turut mengkaji tentang tarian Kuda Kepang ini ialah , yang pertama buku yang ditulis oleh Iman Ahmad dalam bukunya yang bertajuk Persembahan , menceritakan tentang asal usul tarian kuda kepang , dan ciri-ciri utama yang terdapat dalam tarian tersebut seperti alat muzik , bilangan penari , dan pakaian yang digunakan.

            Seterusnya , menurut Muhammad Ghouse Nasruddin dalam bukunya iaitu Muzik Tradisional Malaysia , menyatakan muzik yang dimainkan dalam tarian Kuda Kepang , mempengaruhi tingkah laku dan pergerakkan penari dalam tarian tersebut , semakin rancak alat muzik yang dimainkan , penari akan semakin bertindak liar. Tambahan pula, dalam tarian ini mempunyai pengaruh dari roh-roh kuda kepang yang diseru oleh bomoh.

            Selain itu, terdapat buku yang diterbitkan khas untuk menceritakan tentang tarian ini iaitu bertajuk Siri Anjung Pewaris Seni, Tarian Kuda Kepang. Dalam buku tersebut , menceritakan keseluruhan tentang tarian ini , dan memberi impak yang besar dalam kajian saya. Sehubungan dengan itu, buku ini turut menyatakan terdapat perubahan kecil dalam tarian Kuda Kepang , namun masih mengekalkan tradisi yang dahulu.

Dalam buku yang bertajuk Tradisi dan Budaya yang ditulis oleh Zakiah Harun pula turut memberi kenyataan bahawa tarian Kuda Kepang ini telah berkembang di negeri Johor dan sering  dipersembahkan dimajlis keramaian seperti perkahwinan, berkhatan dan majlis tertentu  kerana tarian tersebut merupakan simbolik di negeri Johor. Dalam buku Seni Tari yang ditulis oleh Sharifah S. juga memberi kenyataan yang sama , dan terdapat badan pertubuhan yang menerapkan tarian ini kepada generasi muda agar tidak pupus ditelan zaman.

Kaedah Kajian
Kaedah kajian yang saya gunakan adalah :
a)      Kajian Perpustakaan
Perpustakaan Wilayah Sandakan dan Pusat Sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan, Sandakan.
b)      Temubual ( telefon )
Menemubual  responden melalui telefon.
c)      Kajian Atas Talian
Mencari maklumat melalui laman-laman web yang berkaitan dengan kajian.

Pembahagian Struktur Esei
            Latihan ilmiah ini mengandungi empat bahagian yang utama. Didalam dalam bab pertama ianya lebih kepada pengenalan yang mengandungi gagasan idea secara keseluruhan kajian yang dijalankan. Ianya meliputi latar belakang kajian, pernyataan masalah , persoalan kajian, objektif  kajian , sorotan kajian lepas , skop kajian , dan kerangka.

            Dalam bab dua pula adalah berkaitan dengan tubuh esei . Kajian ini merangkumi semua ciri-ciri dalam Tarian Kuda Kepang .Aspek-aspek ini termasuklah asal-usul,misteri di sebalik tarian tersebut, pantang larang ,pakaian, tarian dan alat-alat muzik. Dengan disertakan maklumat penting, gambar rajah dan sebagainya agar selaras dengan matlamat dan objektif kajian ini.

            Sementara ini dalam bab tiga pula ialah kesimpulan Keunikan yang terdapat di dalam Tarian Kuda Kepang ini merupakan warisan dari orang-orang terdahulu yang seharusnya dipelihara agar tidak luput ditelan zaman. Oleh itu, pertubuhan bagi mendedahkan tarian ini kepada generasi mudah adalah digalakkan

            Manakala dalam bab keempat pula iaitu kesimpulan bagi Tarian Kuda Kepang. Ini membuktikan bahawa terdapat pelbagai misteri yang unik  telah menarik minat warga Johor untuk menerima tarian ini , sehingga menjadi warisan budaya yang seharusnya dipelihara. Walaupun banyak halangan yang diterima daripada pihak berwajib,  kerana tarian ini membawa aksi yang akan membahaya kepada penari-penarinya.

Penutup
            Sebagai kesimpualannya, Tarian kuda kepang merupakan warisan kesenian negeri johor yang unik dan amat bernilai, seharusnya dipelihara dan diteruskan oleh generasi akan datang meskipun zaman berubah mampu merubah budaya seni kuda kepang seterusnya luput dari ingatan anak muda negeri johor.



PENGENALAN
Tarian Kuda Kepang sungguh sinonim di kalangan rakyat negeri Johor , tarian ini juga merupakan simbol kedaulatan negeri Johor sejak zaman dahulu lagi. Namun, hanya terdapat beberapa teori yang berkaitan dengan asal-usul tarian tersebut. Jawa timur merupakan asal sebenar bagi tarian kuda kepang dari tahun 1920-an.  Ia dibawa masuk oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negeri Johor dan kekal hingga sekarang. Menurut Naim Marjani atau dikenali wak naim iaitu pengiat seni Kuda Kepang Sinar Warisan berpendapat “kuda kepang mendapat nama daripada kuda anyaman yang disebut ‘kepang’ dalam bahasa jawa”.

Selain itu , [i]Ada yang berpendapat asal usul tarian ini ada kaitan dengan Saidina Ali, tarian kuda kepang lahir kerana ingin meniru gerak langkah bala tenteranya. Seperti peristiwa peperangan yang dilalui Rasulullah SAW dan para sahabat disampaikan dalam bentuk tarian. [ii]Ada pula berpendapat yang mengaitkan asal usulnya dengan Wali Songo atau Wali Sembilan yang hidup di Tanah Jawa pada abad ke-15. Dalam usaha mengembangkan Islam di kawasan pedalaman di Jawa,Wali Songo menghadapi kesulitan untuk mendekati orang-orang di sana. Beliau mendapat idea untuk menari-nari sambil menunggang kuda. Penyampaian syariah Islam akan dilakukan sebelum atau selepas persembahan dilakukan.

Pendapat lain pula seperti , menghubungkan asal usulnya dengan alam kayangan. kuda kayangan  bernama Kuda Sembrani kononnya dikatakan turun di Jawa untuk mencari kawannya yang hilang. Setelah berjumpa mereka menari-nari keseronokan. Jelaslah asul-usul kuda kepang ini tidak dapat disahkan tahun kewujudannya.

ISI-ISI
Ciri-ciri Kuda Kepang
            Tarian  kuda kepang merupakan salah satu tarian rakyat di Malaysia. Jika di negeri Pantai Timur Semenanjung terkenal dengan tarian Mak Yong, tarian Joget dan tarian  Kuda Kepang pula mendapat tempat di hati rakyat Johor. Tarian Kuda Kepang mempunyai beberapa ciri yang unik dan berbeza daripada tarian yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah , [iii]Kuda kepang tersebut diperbuat daripada buluh yang dianyam atau kulit binatang yang diwarnakan untuk menjadi lebih menarik dan  berbentuk seperti seekor kuda tanpa kaki. Kuda kepang juga biasanya berwarna hitam dengan bulu tengkuk berwarna kuning. Perbezaan antara kuda kepang betina dan jantan juga dapat dilihat daripada bentuk ukiran dan corak warna yang terdapat pada kuda kepang tersebut , menurut Wak Naim “biasanya kuda kepang jantan akan berwarna hitam dan hujung belakangnya lurus kebawah , manakala kuda kepang betina pula akan melengkuk dibelakang sebelum kebawah.”
 Gambar 1 : Anyaman Kuda Kepang betina.

 Gambar 2 : Anyaman Kuda Kepang jantan.  
            Dalam sebuah persembahan, tarian Kuda Kepang memerlukan [iv]25 orang iaitu seorang sebagai ketua (danyang) iaitu penjaga atau gembala kuda kepang yang menggunakan cemeti untuk mengawal gerak tari serta tingkah laku penunggang kudanya, 9 hingga 10 orang sebagai penari, dua orang sebagai ‘bomoh pemulih’ dan selebihnya sebagai penjaga kawasan. [v]Lazimnya, sebuah persatuan mempunyai ahli seramai 40 orang. Kostum yang digunakan para penari adalah unik kerana  pakaian penari kuda kepang menggunakan pakaian tradisional Jawa kuno seperti lengkap memakai tengkolok dan memakai kain samping. Dua jenis tengkolok yang digunakan iaitu tanjak jawa dan tanjak Melayu. Menurut Wak Naim “Kedua-dua tanjak ini dapat dibezakan melalui cara mengikatnya”. Manakala seluar bagi penari dijahit dengan menggunakan batik jawa.

                                   Gambar 3 : pakaian lengkap penari Kuda Kepang.

Manakala peralatan yang digunakan dalam tarian kudang kepang, yang pertama ialah peralatan yang sangat  penting iaitu[vi] 9 hingga 10 kuda yang diperbuat daripada kulit lembu dan dibentukkan menyerupai kuda dan diwarnakan merah, putih atau kelabu. Yang kedua ialah satu unit Pecut yang diperbuat daripada kedua-dua buluh dan tali yang dipintal menjadi satu. Fungsi pecut adalah untuk mengarah dan mengawal permainan, iaitu penari-penari kuda kepang. Yang ketiga ialah[vii] serantai tali yang panjang berukuran 100 kaki iaitu 30 meter. Tali tersebut digunakan untuk membuat pagar bagi mengelakkan penari-penari yang mabuk daripada berkeliaran serta untuk memudahkan bomoh mengawal tarian.

                               Gambar 4 : Pecut yang digunakan untuk mengawal para penari.

Alat Muzik                                                    
Seterusnya, alat  muzik  adalah komponen yang sangat penting dalam seni tari kuda kepang , kerana muzik yang dimainkan  membawa pengaruh besar dalam penghayatan para penari semasa membuat persembahan. Wak Naim menyatakan. “Rentak  muzik yang amat unik boleh membuatkan penari Kuda Kepang terlalu asyik sehingga membawa mereka ke suatu alam lain”. Antara alat muzik  yang digunakan dalam tarian kuda kepang ialah [viii]lima unit Angklung yang digunakan untuk memainkan mode rithme sebagai pelengkap kepada ensembel yang lain. Alat muzik  Angklung adalah untuk melaraskan melodi dalam jarak diantara satu sama lain. Angklung yang berbentuk segi empat yang diperbuat daripada buluh dan rotan. Tradisi kesenian muzik angklung yang berkembang di Malaysia dipercayai berasal dari Tanah Jawa, Indonesia.

                                                Gambar 5 : Angklung
[ix] Sebuah gendang yang merupakan sejenis alat muzik yang mempunyai bingkai kayu dan tertutup dengan belululang pada kedua permukaan. . Kedua-dua permukaan ditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing Gendang berbentuk bujur dan panjangnya berukuran tiga kaki dengan saiz kedua-dua permukaan yang berbeza.. Gendang tersebut biasanya dimainkan secara duduk, dengan gedombak diletakkan di atas sila.  Alat ini digunakan untuk persembahan kuda kepang Gendang adalah alat penting di dalam memimpin rentak bunyian baik rendah ataupun tinggi.

              
                                            Gambar 6 : Gendang
Beberapa unit gong iaitu sebagai pengiring muzik. [x]Gong dibuat daripada perunggu berbentuk bulat, tepinya melengkong ke bawah, berongga di dalam dan cembul di tengah-tengah bahagian permukaannya. Gong berperanan penting sebagai bunyi tulang belakang dalam sesuatu persembahan dan alat utama dalam upacara khas dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Alat ini berkualiti tinggi kerana cara pembuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang agak tinggi
                                                            
                                                          Gambar 7 : Gong
 Beberapa unit bonang atau keromong iaitu gong-gong kecil yang diletakkan secara mendatar diatas tali dan kotak kayu. Terdapat sepuluh atau dua belas biji bonang yang diatur dalam dua baris dan diletakkan disetiap kotak kayu masing-masing.[xi] Satu baris bonang tersebut mempunyai tangga nada yang tinggi, sementara satu baris bagi tangga nada yang rendah. Bonang dimainkan dengan menggunakan dua pemukul kayu yang dibalut dengan kain merah pada hujungnya.

                   
                                             Gambar 8 : Bonang atau keromong.
[xii]Sebuah jidur yang diperbuat daripada batang kelapa berongga dan kedua-dua permukaan berukuran lilit yang sama diditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Jidur berbentuk tong kecil setinggi anggaran 16 inci. Dipalu menggunakan dua batang kayu untuk memainkanya.
                
                                                              Gambar 9 : Jidur
Sebuah Kenong yang mempunyai satu set alat yang menyerupai gong tetapi lebih nipis dan bulat berbanding gong. Kenong diletek diatas dan diikat pada kayu yang diperbuat daripada kayu keras untuk menghasilkan nada merdu setelah diketuk. Alat pengetuk kenong terdiri daripada kayu dan tali yang dililit pada bahagian atas kayu tersebut. Kenong dimainkan dengan cara mengetuk sekali setiap not lagu. Peranannya adalah untuk mengeluarkan bunyi yang lebih lembut daripada bunyi dihasilkan oleh gong.
                  
            
                                Gambar 10 : Kenong
[xiii] Sebuah Soron Pekin, jika dilihat dari segi fizikalnya, saron pekin mempunyai bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah yang ada pada saron penerus. Alat pemukul bagi saron pekin juga berbentuk penukul yang diperbuat daripada tanduk kerbau.

                                                                
                                                     Gambar 11 : Soron Pekin.

Misteri Tarian Kuda Kepang
            Keunikan tarian kuda kepang amat terserlah  dengan misteri yang terdapat dalam tarian ini , terdapat pelbagai perbezaan yang dilakukan melalui   kaedah-kaedah, dan pantang larang  dalam tarian ini , yang membezakannya ialah apa yang dipelajari daripada guru-guru yang terlibat. Walaupun berbeza, namun umumnya ia hampir sama, iaitu melibatkan sajian, pemujaan, tarian, iringan alat muzik dan patung-patung kuda kepang yang digunakan ketika menari. Terdapat beberapa bahagian dalam misteri kuda kepang ini, iaitu persembahan, pantang larang dan sajian iaitu pengeras.

(a)        Persembahan Tarian
Persembahan merupakan peringkat pertama dalam tarian kuda kepang , menurut  Wak Naim “persembahan akan berlangsung secara maraton iaitu berlarutan sehingga beberapa jam dan pernah juga berlaku persembahan yang bertahan hanya beberapa minit apabila penunggang kuda berkelakuan liar dan pertunjukan terpaksa dihentikan dengan serta-merta”. Dalam konteks ini, Tok Bomoh atau pawang akan memainkan peranan yang penting untuk memulakan sesebuah persembahan atau membuka gelanggang. Kebiasaannya [xiv]persembahan akan dilakukan di tempat yang terbuka atau di atas pentas yang besar yang berukuran 40 dengan 60 meter. Sajian atau sajen dalam bahasa Jawa seperti telur mentah,bunga,rumput dan air adalah sajian mudah yang digunakan pada masa sekarang berbanding dengan masa dahulu seperti kain putih,benang,jarum,bunga kenanga,kelapa muda,pisang emas,bedah,minyak wangi,dan duit, yang akan digunakan oleh Tok Bomoh dengan membakar kemenyan dan membaca jampi untuk memberi tenaga kepada kuda-kuda. Tok Bomoh akan menjemput roh kuda untuk datang bersama menjayakan tarian yang akan dipersembahkan. Di bawah ini merupakan sebahagian mentera membuka gelanggang dalam bahasa jawa.
[xv]"AssalamualaikumYa Nini Dayang, Kiki DanyangSeng manggoni kawasan ikiAku jalok sawap pandanganneYo, yo. ya Allah, ya AllahAku dikongkon bukak gelanggang ikiBiso podo selamat kabehWong seng main jarangsemberani ikiKabeh sak enengiYa yo, ya Allah, ya AllahBi `s-mi `llahi `r-rahmani `r-rahimKerusi belakangku, mutu jalil dipangkuKadimu kananku, kan juga naiiranya empatOjo merosak, ojo membinasa ahli kumpulan aku".

            Maksud jampi tersebut ialah meminta izin kepada makluk-makluk halus yang menghuni tempat berkenaan semasa membuat persembahan tersebut, untuk memohon agar makluk tersebut tidak marah dan dipanggil untuk menikmati sajian yang dihidang dan memohon kepada makluk halus agar melindungi mereka yang terlibat dengan permainan kuda kepang, para penonton yang datang menyaksikan persembahan, juga agar makhluk ini meresap dalam tubuh para penari membolehkan menari tarian kuda kepang.

Wak Naim menyatakan “jika upacara membuka gelanggang gagal dilakukan mungkin sesuatu yang tidak diingini akan menimpa para pemain dan juga penontonnya.” Seterusnya, Gong dipukul tiga kali diikuti oleh alunan muzik lain menandakan isyarat bahawa persembahan sedia untuk bermula. Seorang danyang atau penjaga masuk ke gelanggang untuk menentukan rentak tarian,setiap penari akan naik ke atas kuda masing-masing. Semasa muzik mula bergema, penari-penari yang dipimpin oleh danyang itu masuk ke gelanggang. Pada mulanya ,rentak muzik agak perlahan dan membosankan. Setiap penari akan menunggang dan memacu kuda mengikut pola yang ditentukan oleh rentak dan irama lagu yang dimainkan.

[xvi]Ketika muzik menjadi semakin pantas, para penari akan menari dengan lebih pantas. Satu perkara yang menarik di dalam tarian ini ialah kerana terdapat beberapa orang penari akan naik syeikh atau mabuk setelah persembahan rasmi tamat. Kekadang pihak penganjur akan merentang kain licik untuk pemain menitinya. Penari yang naik syeikh akan terpisah daripada kumpulannya. Mata mereka yang berada dalam keadaan ini berkilauan, tidak boleh bercakap, manakala pergerakan dan kelakuan mereka menyerupai kuda.Hakikatnya, situasi seseorang penari itu bergantung kepada kekuatan roh juga niat atau azam diri. [xvii]Mereka yang ‘naik syeikh’ ini boleh melakukan gerak geri yang luar biasa dan pasti tidak dapat dilakukan dalam keadaan normal contohnya melompat setinggi enam atau tujuh kaki, meniti diatas sebatang buluh atau kayu licin ataupun seutas tali, mengupas kelapa dengan gigi, dan menjilat parang yang panas.

Tidak semua penari berada dalam keadaan lupa atau naik syeikh. Mereka yang tetap dalam keadaan normal akan memberhentikan tariannya lalu duduk berehat di tepi gelanggang, atau membantu bomoh menjaga penari lain yang berada dalam keadaan lupa daripada merempuh keluar gelanggang atau melakukan aksi yang boleh memudaratkan orang lain atau diri sendiri.Penari yang sedang naik syeikh mesti dipegang kuat oleh beberapa orang pengawal bergantung kepada kekuatan penari yang terus-menerus bergerak menurut alunan muzik yang dimainkan.

Semasa penari-penari sedang naik syeikh, bunyi-bunyian yang mengiringi tarian ini akan bertambah rancak. Menurut Wak Naim “Jika alunan muzik tidak rancak, penari-penari akan akan menerkam atau menendang pemain muzik seakan-akan kuda yang sedang berang.” Mereka akan menari selama dua jam sehingga mengalami keadaan bersawai, terpukau dengan kehebatan pergerakan-pergerakan mereka. Ketika mabuk, mereka kekadang akan bermimpi menunggang kuda yang benar sambil menari-nari dengan iringan muzik. Disebabkan itu, mereka mencuba mengejar muzik itu.

Apabila gerak langkah penari-penari itu semakin liar dan tidak dapat dikawal, Tok Bomoh akan mengarahkan pengawal-pengawal yang ditempatkan di setiap sudut gelanggang untuk menangkap dan merebahkan mereka ke tanah, dan seterusnya Tok Bomoh akan membaca jampi untuk memulihkan mereka, Tok Bomoh akan membaca mentera ke ubun-ubun atau telinga mereka setelah mereka ditangkap dan direbahkan oleh pegawal-pegawal yang cekap.Setelah itu mereka akan pulih dalam keadaan letih lesu. Menurut Wak Naim juga “adalah dipercayai bahawa selain dari hiburan, tarian kuda kepang juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit ganjil seperti dirasuk hantu,diresapi roh orang mati dan sebagainya.” Dibawah merupakan mentera yang dibaca oleh Tok Bomoh untuk memulihkan para penari.

[xviii]"Bi `s-mi `llahi `r-rahmani `r-rahimMalaikat wadi wadi manikamSing jogo darang tulangKulit tulangPulih podo bahayaBukan aku kabeh jampiBukan aku punya tangkaldengan kalimah sudah tibaberkat doaLa ilaha Illa `llahMuhammad `r-rasulullah".
            Maksud mentera tersebut ialah , meminta jin-jin yang meresap dalam darah, tulang dan kulit para penari untuk keluar, dan membolehkan para penari dalam keadaan biasa. Apabila dilihat setiap perkataan dalam mentera tersebut ,dapat menimbulkan kecelaruan untuk ditafsirkan oleh para pendengar dan apabila mereka menuturkannya sendiri, kerana seseorang itu menyebut nama “ Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihi” selum memanggil jin-jin. Perkara ini lebih tidak menentu apabila ungkapan mentera tersebut diakhiri dengan kahlimah syahadah , seperti yang terdapat didalam contoh diatas. Hal ini dianggap sebagai istihza atau persenda.

(b)        Pantang Larang
Keunikan dalam tarian Kuda Kepang meliputi pantang larang yang terdapat dalam tarian tersebut. Pantang larang merupakan suatu peraturan yang biasanya diguna pakai sejak zaman dahulu. Perkataan pantang ini membawa maksud larangan iaitu melakukan sesuatu perkara dan sekiranya larangan ini tidak dipatuhi akan membawa akibat yang buruk. Tarian kuda kepang mempunyai pantang larangnya yang tersendiri yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan sesuatu yang tidak dingini berlaku.

Pantang larang yang diwujudkan bertujuan untuk memastikan nilai keunikan yang terdapat dalam tarian kuda kepang dapat dikekalkan. Pantang larang yang pertama ialah pantang larang sebelum memulakan tarian kuda kepang. Terdapat kepercayaan yang menyatakan, kuda kepang dipengaruhi oleh roh atau sejenis kuasa ghaib yang memerlukan upacara khas sebelum bermain bagi mengelakkan sesuatu yang tidak diingini meninpa para pemain mahupun para penontonnya. Upacara ini dimulakan dengan pemujaan roh oleh bomoh dengan menyediakan sajian untuk penunggu, bomoh akan menjampi untuk memulakan istiadat pembukaan gelanggang.

Seterusnya , [xix]pantang larang kepada penari tarian kuda kepang. Kain berwarna merah merupakan salah satu pantang larang kepada para penari dan pantang larang ini ialah semula jadi yang utama. Menurut Wak Naim “Pemain kuda kepang turut tidak dibenarkan terlihat mahupun melihat kaca atau pun sepihan kaca”. Hal ini demikian kerana pemain kuda kepang yang telah ‘naik syeikh’ atau mabuk mereka mampu melakukan perbuatan atau gerakkan yang luar biasa dan sekiranya mereka terlihat kacau atau sepihan kaca ditakuti mereka akan memakan kaca atau sepihan kaca tersebut. Selain itu,para penari juga tidak boleh diacah semasa dalam persembahan atau ketika mereka ‘naik syeikh’ atau pun tidak kerana ditakuti akan melarat dan menjadikan keadaan tidak terkawal.

Muzik memainkan peranan yang penting dalam tarian kuda kepang Pemain alat muzik dalam tarian kuda kepang juga mempunyai pantang larang tersendiri.  Para pemain alat muzik perlu memainkan muzik mengikut keadaan penari kuda kepang kerana dikhuatiri pemain kuda kepang akan berang terhadap pemain muzik. Contohnya semasa para penari kuda kepang sedang ‘naik syeikh’ atau mabuk , para pemain muzik hendaklah merancakkan alunan muzik mengikut rentak penari kerana, dikuatiri penari kuda kepang akan naik berang dan akan menendang atau menerkam pemain muzik.

[xx]Selain itu, anyaman kuda kepang yang digunakan semasa tarian kuda kepang turut mempunyai pantang larangnya yang tersendiri. Kuda kepang yang digunakan semasa menari perlu disimpan atau diletakkan di suatu tempat yang khusus seperti dalam bilik penyimpanan. Hal ini demikian kerana jika  anyaman kuda kepang  ini diletak sebarangan dan tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan roh kuda kepang itu mengamuk dengan merosakkan pertunjukkan-pertunjukkan yang akan datang.

Pantang larang tarian kuda kepang bukan sahaja melibatkan pemain kuda, kuda kepang dan pemain alat muzik tetapi turut melibatkan para penonton. Para penonton dilarang untuk mencaci penari kuda kepang kerana ditakuti akan menerima musibah. Para penonton juga tidak digalakkan terlalu menghayati alunan muzik yang dimainkan dikuatiri mereka akan ‘naik syeikh’ semasa menonton persembahan tersebut. Hal yang demikian telah memberi keunikan tersendiri kepada tarian kuda kepang.

(c)  Pengeras
[xxi]Dalam persembahan kuda kepang para penganjur atau tuan rumah akan menyediakan sedikit pengeras atau bayaran berupa sajian seperti beberapa butir kemeyan, tempat bara membakar kemeyan, nasi campur dengan lauk ayam dan sayur, air metah secerek, beberapa jenis kuih dan yang paling penting sekali ialah wang sebanyak RM2.25 yang diserahkan oleh tuan rumah atau penganjur untuk Tok Bomoh dan bayaran bagi setiap persembahan yang diadakan adalah tidak kurang daripada RM200.

Perkembangan         
            Tarian Kuda Kepang telah wujud sejak zaman dahulu lagi, malah ada yang mengatakan tarian ini mula bertapak diMalaysia pada tahun 1955 dan tarian ini masih diamalkan sehingga sekarang. Oleh itu, terdapat beberapa perubahan yang berlaku dalam tarian ini mengikut peredaran zaman.

            Antaranya ialah yang pertama kawasan persembahan. Jika dahulu persembahan akan dilakukan dikampung dan waktu-waktu tertentu seperti meraihkan perayaan. Kini persembahan kuda kepang juga boleh dibuat di majlis-majlis perkahwinan , majlis akikah, muzium malahan di majlis tertentu di Universiti turut sering dipersembahkan untuk persembahan pembukaan di majlis tersebut. Hal ini bermakna tarian Kuda Kepang telah diterima oleh masyarakat di Malaysia.

            Seterusnya, perubahan dalam tarian kuda kepang ialah alunan muzik. Oleh kerana persembahan tarian ini sering dibuat di pelbagai majlis alunan muzik tidak terlalu rancak untuk mengelakkan para penari ‘naik syeikh’ dan mabuk. Hal ini menyebabkan tempoh yang diambil untuk persembahan adalah singkat dan sangat bersesuaian dengan majlis tersebut.

            Selain itu, perubahan yang amat ketara dalam tarian Kuda Kepang ialah [xxii]pertambahan penari wanita, jika dahulu  tarian ini dikuasai penuh oleh kaum lelaki sahaja kerana apabila para penari mula ‘naik syiekh’ mereka akan bertindak  diluar kawalan , oleh itu kaum wanita tidak digalakkan menyertai tarian tersebut. Kini, tarian tersebut telah menerima penari wanita dan membuat tarian ini lebih menarik.

Pertubuhan Tarian Kuda Kepang
            Berikutan beredaran masa  generasi muda semakin meninggalkan tarian ini walhal tarian kuda kepang merupakan warisan budaya. Oleh itu, terdapat beberapa pertubuhan yang wujud bagi memelihara warisan budaya ini. Antaranya ialah [xxiii]Pertubuhan Seni Kuda Kepang Sinar Warisan di Sungai Nibong, Batu Pahat Johor yang diketuai oleh Encik Naim Marjani atau lebih dikenali sebagai Wak Naim, dan Persatuan Seni Muzik Kuda Kepang, di Kampung Serapat, Batu Pahat Johor.
Walaupun tarian ini telah berkembang dalam masyarakat di Malaysia , namun terdapat segelintir masyarakat turut menentang tarian ini untuk dipersembahkan kerana tarian ini mengandungi unsur-unsur spiritual yang boleh mengkhayalkan si penari apabila menari tarian ini dan terdapat unsur-unsur tahyul dan khurafat yang mungkin boleh menyesatkan penari.

KESIMPULAN   
            Keunikan kesenian tarian kuda kepang amat bernilai dan hendaklah dijaga dan diteruskan oleh generasi muda agar kesenian ini tidak ditelan zaman, kewujudan pelbagai pertubuhan amat digalakkan untuk terus memelihara kesenian tersebut.












[i]  Iman Ahmad , Persembahan ( Siri Warna-warna Malaysia),11/01/2013,12.58pm, halaman 32-36
[ii] (Kajian atas talian) www.wikipedia.com/kudakepang, 15/01/2013, 8.05am
[iii]   Tarian Kuda Kepang (Siri Anjung Pewaris Seni), 23/01/2013, 2.00pm,halaman 1-3
[iv]   Tarian Kuda Kepang (Siri Anjung Pewaris Seni), 23/01/2013, 2.10pm, halaman  5-10
[v]    Iman Ahmad , Persembahan ( Siri Warna-warna Malaysia),11/01/2013, 1.20pm, halaman 32-36, perenggan 2-3
[vi]  (Kajian atas talian) www.Jaransbrani.com   , 28/02/2013, 10.24pm, perenggan 10
[vii]  (Kajian atas talian) www.wikipedia.com/kudakepang , 11/01/2013, 8.00pm
[viii] Muhammad Ghouse Nasruddin, Muzik Tradisional Malaysia,11/01/2013,1.30pm ,halaman 109,perenggan 3
[ix] Muhammad Ghouse Nasruddin, Muzik Tradisional Malaysia, 11/01/2013,12.45pm,halaman  110 , perenggan 1-3
[x]  Muhammad Ghouse Nasruddin, Muzik Tradisional Malaysia,12/01/2013,2.25pm, halaman 111-112,perenggan 3-4
[xi]  Muhammad Ghouse Nasruddin, Muzik Tradisional Malaysia,12/01/2013, 3.04pm, halaman 114-118,perenggan 1
[xii]  (Kajian atas talian) www.kudakepangnaim.blogspot.com 15/01/2013 , 9.00pm
[xiii]  Muhammad Ghouse Nasruddin, Muzik Tradisional Malaysia,12/01/2013, halaman 127-130,perenggan 5
[xiv] Iman Suffiya, Seni Tarian Tradisional (siri Warisan Budaya Malaysia), 10/02/2013,2.15p,halaman 17
[xv]  (Kajian atas talian ) www.Jaransbrani.com , 28/02/2013, 11.00pm, perenggan 23
[xvi]  (Kajian atas talian)  www.Johordt.gov.my , 15/02/2012 , 9.00am
[xvii]   Tarian Kuda Kepang (Siri Anjung Pewaris Seni),23/01/2013, 2.35pm, halaman 40
[xviii]  (Kajian atas talian)  www.Jaransbrani.com  , 28/02/2013 , 9.00pm
[xix]  Norainiee Shah,Keunikan Tarian Tradisional (Siri Aneka Tarian),28/02/2013,2.25pm, halaman 123-130, perenggan 4
[xx] Norainiee Shah,Keunikan Tarian Tradisional (Siri Aneka Tarian), 28/02/2013, 3.00pm,halaman 123-130
[xxi] (Kajian atas talian) www.kudakepangnaim.blogspot.com , 15/01/2013, 9.25pm
[xxii] Tarian Kuda Kepang (Siri Anjung Pewaris Seni), 23/02/2013, 1.00pm, halaman 43
[xxiii]  (Kajian atas talian )www.kudakepangnaim.blogspot.com , 15/01/2013 , 9.43pm


 SEKIAN ,
Diarapkan dapat memberi manfaat yang baik kepada semua .
Jika terdapat kesalahan , sila perbetulkan.